PERHATIAN:

Pengumpulan Data Ujian OTI 4 2011 Daerah Setiu akan diadakan pada 4 Ogos 2011 (Khamis), jam 11.00 pagi hingga 1.00 tengahari di Bilik Mesyuarat Redang.
E-mail & No. HP Penyelaras ePantau

Nama
Email
No. Handphone
Alamat Sekolah

TOV, ETR & OTI

Apakah TOV ( take-off value ) ?
Boleh didefinasikan sebagai nilai letak kerja kepada seseorang murid berdasarkan potensi sedia ada seperti pencapaian akademik . Pencapaian ini merujuk kepada pencapaian dalam setiap mata pelajaran.

Bagaimana mengenal pasti TOV ?

TOV ditentukan berasaskan keputusan peperiksaan akhir tahun tahun 1, 2, 3, 4 dan 5 bagi calon UPSR. Akhir tahun tingkatan 1 dan 2 bagi calon PMR dan tingkatan 4 bagi calon SPM. Cadangan bagi murid tahun 1, tingkatan 1 dan tingkatan 4 boleh digunakan ujian pertengahan tahun.
Bagi ePantau, TOV ditentukan berasaskan keputusan :
  1. Ujian Pertengahan Tahun lepas
  2. Ujian Akhir Tahun lepas
  3. Ujian Ramalan 1
  4. Ujian Ramalan 2
  5. Judgement Guru

Apakah ETR ( expected targeted result ) ?

ETR boleh didefinasikan sebagai Sasaran hasil pembelajaran yang diharapkan merujuk kepada penilaian / berdasarkan keputusan peperiksaan terakhir atau peperiksaan awam.

Bagaimana menentukan ETR ?
ETR ditentukan dengan merujuk kepada keputusan terbaik peperiksaan awam sekolah.

Apakah OTI ( operational targeted increment ) ?

OTI boleh didefinasikan sebagai peningkatan hasil pembelajaran yang diharapkan dengan merujuk beberapa penilaian sebelum mencapai ETR.

Bagaimana menentukan OTI ?
OTI boleh dilakukan dengan merujuk kepada ETR serta menetapkan sama ada jangkaan pemeringkatan dua atau tiga kali penilaian.