PERHATIAN:

Pengumpulan Data Ujian OTI 4 2011 Daerah Setiu akan diadakan pada 4 Ogos 2011 (Khamis), jam 11.00 pagi hingga 1.00 tengahari di Bilik Mesyuarat Redang.
E-mail & No. HP Penyelaras ePantau

Nama
Email
No. Handphone
Alamat Sekolah

HEADCOUNT

Dalam memastikan pengurusan kurikulum dapat melakukan perancangan yang berkesan, setiap sekolah dikehendaki membuat 'HEADCOUNT'.

Apakah Headcount ( HC )?.
HC adalah proses mengenal pasti potensi akademik dan potensi kerjaya setiap murid mulai tahun 1 hingga tahun 6 ( bagi UPSR ) atau tingkatan 1 hingga tingatan 6. Proses ini ialah mengenal pasti, merasionalkan, dan menjustifikasikan penentuan ciri-ciri keupayaan pembelajaran bagi setiap pelajar supaya guru dapatmenyenarai dan menetapkan unjuran pencapaian subjek bagi pelajar tersebut di dalam kelas ang diajarnya.

Apakah rasional HC dilaksanakan?
Pengunjuran kecemerlanan yang diamalkan pada masa sekarang, berasaskan kenaikan peratus pada setiap tahun, seperti 5%,8%, 10% dan seterusnya.
Kenaikan peratusan ini tidak berdasar potensi individu murid.
Pengunjuran itu tidak dikaitkan dengan kecergasan pelbahai ( multiple inteligences) murid secara individu, cita-cita, dan peluang belajar di IPTA/IPTS dan pencapaian akademik seluruhnya.
Kebanyakan pelajar tiada wawasan diri. Mereka belajar tanpa haluan dan fokus. Murid yang tiada matlamat diri tiada kesungguhan dalam pembelajaran.
Guru-guru tidak dapat membimbing dan memotivasikan pelajarnya kerana tidak menganalisis data. Ini mengakibatkan strategi pemulihan, pengukuhan, dan pengayaan tidak dapat menepati sasaran.

Mengapa perlu Headcount ?
  • Melihat keupayaan sedia ada setiap murid.
  • Menilai potensi setiap murid yang dapat digarap
  • Merancang program yang bersesuaian dengan kebolehan dan keupayaan murid berasaskan diagnosis yang tepat.
  • Untuk tujuan post-mortem dan tindakan penambahbaikan yang proaktif.
  • Pemantauan dan penilaian boleh dibuat oleh Pengetua, Guru besar, GPK, guru kelas dan guru mata pelajaran secara saintifik.
  • Panitia dapat berfungsi dengan lebih berkesan.
Leia ...

TOV, ETR & OTI

Apakah TOV ( take-off value ) ?
Boleh didefinasikan sebagai nilai letak kerja kepada seseorang murid berdasarkan potensi sedia ada seperti pencapaian akademik . Pencapaian ini merujuk kepada pencapaian dalam setiap mata pelajaran.

Bagaimana mengenal pasti TOV ?

TOV ditentukan berasaskan keputusan peperiksaan akhir tahun tahun 1, 2, 3, 4 dan 5 bagi calon UPSR. Akhir tahun tingkatan 1 dan 2 bagi calon PMR dan tingkatan 4 bagi calon SPM. Cadangan bagi murid tahun 1, tingkatan 1 dan tingkatan 4 boleh digunakan ujian pertengahan tahun.
Bagi ePantau, TOV ditentukan berasaskan keputusan :
  1. Ujian Pertengahan Tahun lepas
  2. Ujian Akhir Tahun lepas
  3. Ujian Ramalan 1
  4. Ujian Ramalan 2
  5. Judgement Guru

Apakah ETR ( expected targeted result ) ?

ETR boleh didefinasikan sebagai Sasaran hasil pembelajaran yang diharapkan merujuk kepada penilaian / berdasarkan keputusan peperiksaan terakhir atau peperiksaan awam.

Bagaimana menentukan ETR ?
ETR ditentukan dengan merujuk kepada keputusan terbaik peperiksaan awam sekolah.

Apakah OTI ( operational targeted increment ) ?

OTI boleh didefinasikan sebagai peningkatan hasil pembelajaran yang diharapkan dengan merujuk beberapa penilaian sebelum mencapai ETR.

Bagaimana menentukan OTI ?
OTI boleh dilakukan dengan merujuk kepada ETR serta menetapkan sama ada jangkaan pemeringkatan dua atau tiga kali penilaian.
Leia ...

CARA EXPORT DATA SPP

Berikut adalah cara-cara mengeksport data SPP untuk dihantar melalui email.


1. Menu utama SPP , Klik EKSPORT DATA KE PDD

2. Eksport tanpa guna disket, klik YES bila keluar paparan Masukan Disket Dalam Drive A


3. Teruskan proses sehingga keluar paparan EKSPORT SELESAI

4. Sila buka Drive C dan pilih folder SMM

5. Buka folder SMM


6. Sila pilih folder ppd

7. Semak fail txt iaitu dspp1 hingga dspp8



8. Semak tarikh, pastikan tarikhnya ada tarikh semasa/terkini


9. Sila zipkan kelapan-lapan fail tersebut.




10. Renamekan nama fail zip dengan nama singkatan sekolah, nama ujian, tahun (Contoh SKTM TOV 2011)

11. Hantarkan fail zip tersebut dengan menggunakan email ke alamat email epantauppdsetiu@gmail.com

12. Sila maklumkan nama penyelaras epantau dan no telefon HS, setiap kali hantar data untuk senang dihubungi jika ada masalah yang timbul.

PERINGATAN PENTING: SETIAP KALI SELESAI PROSES PENGISIAN MARKAH, SILA BACKUP DATA SMM DAN SPP. COPY FOLDER SMM KE DRIVE YG LAIN/PENDRIVE/CD UNTUK MENGELAKKAN KEHILANGAN DATA.

Leia ...

Panduan Pengisian TOV ePantau


Sebelum membuat perubahan pada maklumat, sila backup dengan membuat salinan fail SMM dalam drive C ke drive yang lain/pendrive/cd.

SMM (Daftar)
  1.  Pastikan semua murid didaftar dalam sistem SMM, Tahun 1 hingga Tahun 6.
  2.  Pendaftaran murid adalah berdasarkan nombor pendaftaran. Jika ubah nombor daftar murid (sedia ada) maka akan berubah jika maklumat dan markah yang sedia ada.
  3.  Pastikan Jantina Lelaki/Perempuan (sistem auto – Lelaki)
  4.  Semak STATISTIK MURID untuk semak jumlah murid di dalam kelas dan keseluruhan murid.
  5.  Jika murid tiada/berpindah, sila klik BERTUKAR SEKOLAH dan isi tarikh pindah.
  6.  Jika ingin baiki nama/kelas sila ke SEMAK MAKLUMAT MURID.
  7. Jika ingin lihat/cetak senarai nama murid ikut kelas, sila ke PENDAFTARAN MURID.
  

SPP (Exam)

Pengisian Markah TOV dan Penentuan ETR
  1. Sila klik AUDITAN HASILAN
  2. Semak UJIAN PERTENGAHAN TAHUN LEPAS dan UJIAN AKHIR TAHUN TAHUN LEPAS, pastikan semua ada markah bagi murid mengikut kelas.
  3. Jika tiada sila baiki atau penuhi markah tersebut, sila kembali ke Muka Utama dan klik UJIAN SEMESTER 1 dan AKHIR TAHUN. Sila Edit Ujian Tahun Lepas/Edit Ujian Lepas. Bagi Tahun 1 (baru daftar) sila isi markah 50 untuk semua murid.
  4. Sila klik AUDITAN HASILAN semula
  5. Sila isi markah ujian pengesanan 2011 pada UJIAN RAMALAN 1
  6. Sila isi markah ujian kertas sebenar UPSR 2010 untuk T6/ Ujian AT untuk T2-T5 pada UJIAN RAMALAN 2
  7. Sila isi Judgment Guru
  8. Semak TOV
  9. Sila Buat PENETAPAN OTI untuk semua mata pelajaran, hanya isi markah pencapaian yg patut dicapai oleh murid tersebut berdasarkan markah TOV pada ruangan OTI5 sahaja. Bila siap bagi setiap kelas, sila klik KEMASKINI PROJECTION OTI.
  10. Sila ke Muka Utama dan Klik PENETAPAN ETR untuk menyemak Target Sebenar UPSR 2011, sila semak nama murid yang terpapar dan bandingan dengan keupayaan sebenar murid di Tahun 6. Jika tidak capai sasaran, sila ulangi langkah 9 dan 10 untuk membuat pembaikian.
  11. Setelah selesai sila BACKUP DATA SPP dan SMM.
  12. Hantar data SPP untuk TOV dengan klik EKSPORT DATA KE PDD.
 
Leia ...